Sunday, February 15, 2009

Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma

Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma

Lepasan Diploma dan setaraf yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.

Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di laman web rasmi kemasukan ke IPTA mulai 5 Januari 2009 sehingga 5 Februari 2009.

Mereka yang ingin membuat permohonan bagi lepasan diploma ini sebenarnya perlu mengisi e-Borang bahagian Lepasan STPM/setaraf.

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma/setaraf ini adalah

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2007 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2007 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2005 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS.
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA

Perlu diingatkan bahawa Lepasan Diploma/setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E - Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F - Untuk Aliran Sains

Di samping itu pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

Pemohon perlu juga menyemak Syarat Am dan Syarat Khas yang terdapat di laman web rasmi kemasukan ke IPTA sebelum membuat permohonan.

Sila rujuk di laman web rasmi Kemasukan ke IPTA atau terus ke Permohonan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM Kategori Diploma/setaraf untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang.

Tarikh tutup permohonan adalah 5 Februari 2009.

No comments: